Wednesday

Episod 10

Fuh..tak sangka dah sampai ke tarikh untuk mengakhirkan penceritaan ni. Bukan taknak teruskan atau sambung tapi dah takda apa nak diceritakan. Semua dalam dunia yang sebenar aku dah tamatkan. 11 11 2009 akan menjadi tarikh untuk aku bakar semua kenangan dan juga pengalaman indah mencintai orang yang tak tahu dan xsuka kat aku. Aku anggap ni sebagai pengalaman yang berharga sebab dari sini aku belajar untuk menjadi lebih kuat dan akan lebih bersedia nak menghadapi kisah2 macam ni pada masa akan datang. Aku juga dah ada experience let say nanti ada kawan2 aku yang terjebak dengan permasalahan yang sama macam nie. So at least aku ada sedikit advice dan juga panduan macam mana nak handle problem macam ni. Hehe. Bukan la bermaksud aku berjaya settledkan masalah ni jauh sekali untuk membuang terus si Mangkuk dari ingatan dan hati. Payah. Tapi aku telan jugak.
Fitri : Umur 24 tahun. Dari mata kasar nampak semuanya seperti lengkap serba serbi. Mempunyai semuanya kecuali cinta sejati. Tidak terdesak tetapi tiba-tiba jatuh hati pada orang yang baru dikenali. Akhirnya memilih jalan untuk melupakan segalanya kerana memikirkan insan tersebut bukan hak dan untuk dirinya. Meneruskan hidup dengan terus mencari cinta sejati, cuba melupakan apa yang telah terjadi dan akan berusaha membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Manusia hanya memilih apa yang mereka suka tanpa memikirkan tentang orang lain. Yang penting dalam setiap perbuatan, jujur, ikhlas dan benar adalah kunci kepada semuanya. Semoga dipermudahkan jalan tabah dan tenang menghadapi cabaran dan dugaan mendatang. Akan terus menyukai Aidil sehingga ada yang lebih baik satu hari nanti...
Zaim : Umur 25 tahun. Sahabat kepada Fitri. Juga serba serbi lengkap. Tapi masih mencari yang terbaik. Mahu menikmati kenikmatan hidup bujang dan nikmat dunia sebenar. Tidak mahu terikat dengan mana-mana dan mempunyai pandangan dan keputusan yang tegas dalam menentukan perhubungan. Ada pendirian tapi pada masa yang sama cuba untuk memberi peluang pada insan yang ingin mengenali. Tapi tetap percaya pada hubungan open relationship yang mana bersifat bebas dan terbuka. Sahabat yang baik dan sedia memaafkan kawan yang keliru dalam permainan hidup dan cinta. Memberi peluang kepada Aidil untuk wujud dalam diri pada masa yang sama masih mencari cinta sejati...
Aidil : Umur 31. Berkerjaya. Penuh misteri. Hanya jujur dan ikhlas kepada mereka yang dianggap berguna dan disayangi. Mempunyai daya penarik sendiri. Cuba melihat sesuatu dari perspektif sendiri dan orang lain tetapi gagal memahami situasi dan melukakan hati orang lain tanpa sedar. Mencintai Zaim dan berharap akan ada sinaran untuk mereka berdua. Perjuangan diteruskan...
Begitulah pengakhiran cerita ini. Masing2 sudah meneruskan dengan apa yang sepatutnya. Tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Kesibukan ini diharap melenyapkan semuanya. Aku tak ingin lagi berjumpa dengan Aidil. Maafkan aku sekali lagi Zaim. Semua ini tidak dirancang. Aku akan menjadi seperti aku. Lelaki yang tabah, matang dan belajar dari kesilapan. Kepada semua, jadilah kawan yang setia, jujur pada diri sendiri dan orang lain, belajar untuk ikhlas dan sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian di dunia. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati.
Sekian
Terima Kasih
5:18 PM 11 Nov 2009 Ara Damansara

1 comment:

  1. aiiii
    well nih la namenyer pengelaman,
    hahahahha.
    so pasnihhh cter per lakkk ?
    plzzzjgn benti tuluhh k
    gogoggogo
    hahahah

    ReplyDelete