Wednesday

Episod 10

Fuh..tak sangka dah sampai ke tarikh untuk mengakhirkan penceritaan ni. Bukan taknak teruskan atau sambung tapi dah takda apa nak diceritakan. Semua dalam dunia yang sebenar aku dah tamatkan. 11 11 2009 akan menjadi tarikh untuk aku bakar semua kenangan dan juga pengalaman indah mencintai orang yang tak tahu dan xsuka kat aku. Aku anggap ni sebagai pengalaman yang berharga sebab dari sini aku belajar untuk menjadi lebih kuat dan akan lebih bersedia nak menghadapi kisah2 macam ni pada masa akan datang. Aku juga dah ada experience let say nanti ada kawan2 aku yang terjebak dengan permasalahan yang sama macam nie. So at least aku ada sedikit advice dan juga panduan macam mana nak handle problem macam ni. Hehe. Bukan la bermaksud aku berjaya settledkan masalah ni jauh sekali untuk membuang terus si Mangkuk dari ingatan dan hati. Payah. Tapi aku telan jugak.
Fitri : Umur 24 tahun. Dari mata kasar nampak semuanya seperti lengkap serba serbi. Mempunyai semuanya kecuali cinta sejati. Tidak terdesak tetapi tiba-tiba jatuh hati pada orang yang baru dikenali. Akhirnya memilih jalan untuk melupakan segalanya kerana memikirkan insan tersebut bukan hak dan untuk dirinya. Meneruskan hidup dengan terus mencari cinta sejati, cuba melupakan apa yang telah terjadi dan akan berusaha membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Manusia hanya memilih apa yang mereka suka tanpa memikirkan tentang orang lain. Yang penting dalam setiap perbuatan, jujur, ikhlas dan benar adalah kunci kepada semuanya. Semoga dipermudahkan jalan tabah dan tenang menghadapi cabaran dan dugaan mendatang. Akan terus menyukai Aidil sehingga ada yang lebih baik satu hari nanti...
Zaim : Umur 25 tahun. Sahabat kepada Fitri. Juga serba serbi lengkap. Tapi masih mencari yang terbaik. Mahu menikmati kenikmatan hidup bujang dan nikmat dunia sebenar. Tidak mahu terikat dengan mana-mana dan mempunyai pandangan dan keputusan yang tegas dalam menentukan perhubungan. Ada pendirian tapi pada masa yang sama cuba untuk memberi peluang pada insan yang ingin mengenali. Tapi tetap percaya pada hubungan open relationship yang mana bersifat bebas dan terbuka. Sahabat yang baik dan sedia memaafkan kawan yang keliru dalam permainan hidup dan cinta. Memberi peluang kepada Aidil untuk wujud dalam diri pada masa yang sama masih mencari cinta sejati...
Aidil : Umur 31. Berkerjaya. Penuh misteri. Hanya jujur dan ikhlas kepada mereka yang dianggap berguna dan disayangi. Mempunyai daya penarik sendiri. Cuba melihat sesuatu dari perspektif sendiri dan orang lain tetapi gagal memahami situasi dan melukakan hati orang lain tanpa sedar. Mencintai Zaim dan berharap akan ada sinaran untuk mereka berdua. Perjuangan diteruskan...
Begitulah pengakhiran cerita ini. Masing2 sudah meneruskan dengan apa yang sepatutnya. Tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Kesibukan ini diharap melenyapkan semuanya. Aku tak ingin lagi berjumpa dengan Aidil. Maafkan aku sekali lagi Zaim. Semua ini tidak dirancang. Aku akan menjadi seperti aku. Lelaki yang tabah, matang dan belajar dari kesilapan. Kepada semua, jadilah kawan yang setia, jujur pada diri sendiri dan orang lain, belajar untuk ikhlas dan sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian di dunia. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati.
Sekian
Terima Kasih
5:18 PM 11 Nov 2009 Ara Damansara

Thursday

Episod 09

November 5, 2009

Sudah tenang seketika hati yang bergelodak. Tapi ada saat aku resah memikirkan setiap perincian yang berlaku. Kenangan manis bersama akan aku simpan jadi pengalaman yang sweet sangat utk buat aku senyum. Aku cuba luck hantar sms kat Aidil. Yelah since aku bag sms mangkuk dia terus mcm ignore. Sumpah memang sengaja hantar mcm tuh. Bukan bermaksud memangkuk kan ko Aidil tapi aku cuba utk melihat ko seteruk yg mungkin dan meletakkan ko di tempat yg jauh supaya aku pelan2 boleh buang rasa sayang dan cinta ni kat ko. Tapi sorry Zaim, aku khianati persahabatan kita…=(

SMS Fitri to Aidil

10:50 pm
Why?
10:53 pm
No reason. Is he okay?

10:59 pm
Dia xsihat td dia ckp. Xg gym maybe nk rest. Ko diam buat aku wonder.
11:00 pm
Oku ok je? Rileks

11:01 pm
Bgus la. Ko ada prob kah?
11:02 pm
Nope at all

11:03 pm
Haha.Xpe. Aku ada sixth sense tau. Ngeh2. Bleh mintk smthg?
11:06 pm
Pedia?

11:09 pm
Aku dgn rendah hati & ikhlas nk mintk sedikit kejujuran dari ko.
11:11 pm
Pedia?

11:12 pm
Kejujuran. Itu yg aku nk mintak. Bg tak?
11:15 pm
Str8 to the point..

Aku fikir jap. Ermm. Either dia paham or buat2 tak faham. Aku matikan saja borak itu kat situ. Malas. Bengang. Sayang. Rindu. Janji. Based dia punya sms memang sangat dingin. Korang compare sendiri dgn sms2 sebelum ni. Tinggalkan aku sendiri....

Episod 08

1:54 PM Rabu 4 November 2009 adalah waktu hari dan tarikh terakhir aku menerima sms daripada Aidil. Lepas tuh sepatah haram pun dah takda dia reply or call or ape2 jelah. Mungkin Zaim dah bagi tau? Mungkin. Mungkin jugak dia menyampah kat aku aka dia peduli hape sama aku. Betul jugak. Semua kemungkinan bermain dalam kepala hotak. Aidil penah cakap bile org tak reply msg people akan wat judgment dan assumption sendiri termasuk bab2 negetive. Well am doing the same thing rite now. Adakah aku sendiri sepatutnya berterus terang pulak dengan Aidil? No man!!

Ego aku yg aku dah banyak kali adjust nie biarlah dia setting baek punye mcm skrg nie la. Aku dah tak mau. Cinta ini hanya mengelisahkan dan membodohkan aku. Korang kalo sape2 nak involve dgn benda2 mcm nie, nasihat abang yang budiman ni..ermm..lupakan dan hentikan jelah. Sakitnya tuh tak boleh dibayangkan.

Deman belum baik lagi. Kepala masih berat. Tekak sakit nak mampus. Sebab aku kene dalam sekaligus. Semua dtg mcm panah petir terus tepat kene kat jantung.

Mengenang kata2 Zaim ada benarnya. Aku hanya suka. Dan tak elok memaksa cinta orang yang tak suka kita. Alangkah indahnya kalo kita nie semua dapat cinta sejati. Aidil perlukan cinta sejati dari Zaim. Aku pulak terhegeh hegeh nak kat Aidil. Kalau Aidil dapat tau, dah sah2 kene bahan 18 tahun nie. Bayangkan nama penuh Aidil pun aku tak tau, ada hati nak suka kat dia. Pikir2 balik lawak antarabangsa pun ada gak. Tapi betul. Aidil satu2 nya lelaki yg boleh buat aku gigil sepanjang hidup aku. Aku mengigil mase jumpe dia. Aku menggigil mase cakap ngan dia. Hati aku jadi laju bila ingat dan pikir pasal dia. Kuatnya ko Aidil. Padahal badan kecik aje.

*******

Kenapalah dia tak reply msg aku. Perlu ker aku call dia? Perluke aku hantar sms lagi. Aku nak diam ja. Tapi setan dalam hati cakap selamba lah. Kalau lah aku call dan dia tak angkat? Kalaula aku call dan dia ckp aku taknak cakap ngan ko. Aku pun segan nak tanye kat Zaim ape citer Aidil. Sebab mase malam pengakuan ngan Zaim tuh aku dah cakap yg aku nak stop. Ada juga ayat2 Zaim yg aku boleh tangkap sebagai kecewa especially bila dia ckp pasal ada org penah cakap ngan dia pasal penangan kawan baik. Ermm..

Skrg nie selain daripada blog nie aku mintak tolong denganNya terutamanya. Tiap2 hari waktu doa aku ckp aku nak lupakan semuanya. Aku mintak diberi petunjuk. Andai ada jalan yang terbaik dan lain utk aku teruskan.

Aidil andai ko tahu betapa hancurnya hati ini apabila aku hanya menjadi sekeping nota bagi ko. Hampanya perasaan setiap kali ko meluahkan perasaan pada Zaim. Patahnya hati setiap kali rindu dan sayang ko ungkapkan melalui aku.

Aku nak tamatkan episod cerita ini lagi 2 episod. Supaya semuanya lenyap dan kembali normal. Menunaikan janji aku utk Zaim dan demi kebahagian Aidil..

Wednesday

Episod 07

November 4, 2009

Aku dah tukar nama Aidil jadi mangkuk. Dalam phone book pun dan tuka ke mangkuk. Sebab lama2 aku akan betul2 tak suka dia. Aku harap this working. Aku nak bagitau Zaim feeling aku kat Aidil. Aku taknak tipu dia. Aku nak selamatkan friendship yg dah 13 thn (1996 – 2009) daripada perasaan cinta kat orang yang baru aku kenal 2 minggu. Tapi aku tak tau mcm mana nak mulakan. Kawan jenis apa aku nie. Tak layak dapat kawan sebaik Zaim, cinta sebaik Aidil.


*******

Ermmmmmmmmmmmmmmmmmm. =( Finally aku bukak mulut kat Zaim. Aku bagitau kat dia perkara sebenar. Perasaan aku towards Aidil. Zaim senyap ja. Dia pikir. Dia cakap if i think what r im doing will affect the our friendship..yes , if he has the feeling also towards Aidil. Skrg dia suka nak kenal Aidil dan nak tengok sejauh mana hubungan diaorang boleh complete each other. Dan advice aku yang cinta adalah two ways baru jadi. Sekarang aku je syok kat Aidil. Aidil syok kat Zaim. Aku mintak maaf banyak kali. Zaim cakap okey sebab aku bagitau dia awal. Tapi aku still rasa bersalah. Terima kasih sahabat. Aku cakap ngan Zaim jgn merosakkan hubungan antara diaorg because aku dah mcm nie. Kalo Zaim dapat terima Aidil cepat lagi best sebab Aidil akan bahagia. Aidil bahagia bermakna gembira juga untuk aku. Sama jugak dengan Zaim. Aku juga taknak Zaim ajak Aidil lepak lagi if ada aku. Buat sementara waktu aku xboleh lagi berada bersama diaorang. Aku perlukan sedikit masa untuk perbetulkan dan terima keadaan ni. Bukan senang tapi tak payah juga kalo aku betul2. Zaim cakap by time goes by benda ni akan hilang. Bila aku jumpe orang baru yang untuk aku, pasti aku dpt lupakan Aidil. Aku setuju. Terima kasih Zaim kerana sangat memahami.


SMS Fitri to Zaim


2:47 am
Sori. No heart feeling k. =(
3:02 am
Its no hard feelings de. Ok nite


*******

Aku sms juga kat mangkuk sebab nak minta maaf aku cakap aku tak suka dia last time. Tapi aku x der la direct. Dia faham aku rasa tapi dia buat2 tak faham. Sebab dia sedang dibutakan cinta. Tapi demi kebahagian ko Aidil, aku rela berkorban. Aku terima sebagai pengalaman dan pengajaran hidup yang sangat berguna. Sampai demam aku hari nie. Mungkin demam untuk membersihkan dosa. Hampir tak berdaya seluruh badan. Ini semua dugaanNya.


SMS Fitri to Aidil aka Mangkuk


6:34 am
Mrng. Jgn marah lg. Hv a gud day.
7:57 am
Marah sape?

1:01 pm
Marah aku
1:49 pm
Bila?

1:53 pm
Aku rase.
1:54 pm
Prasan, maner ada..

1:56 pm
Ermm. Lo dingin
No reply.

*******

Dia ada big day tadi. Sebab aku dengar Zaim borak ngan Aidil dlm phone malam tadi. Zaim ckp pakailah the gud shirt, jgn isap rokok banyak sangat, should rest..aku dengar aje. Tak mungkin aku nak cakap benda yang sama kan. Kacau daun. Mangkuk!!

Tuesday

Episod 06

Mangkuk betul aku. Apasallah aku masih nak tipu diri sendiri. Tak kemana pon. Ok mulai dari sekarang mls dah nak coverline. Memang betul aku suka gile sama Aidil. Cuma Aidil ngan Zaim dan sesiapa saja tak perlu tau. Aku ja yang tau. Bukan utk dimengerti. Semalam sebelum tido msg Aidil. Sebab rase serba salah sebab aku ckp aku tak suka dia. Aku xsuka ko Aidil sebab ko dah buat aku jatuh cinta tahap gaban. Aku tak suka ko Aidil sebab aku menggigil everytime jumpa ko, everytime dengar suare ko, everytime ko sms pon. Aku tak suka ko sebab ko orang pertama dalam hidup aku yg buat aku menggigil tahap macam tu. Walaupun aku langsung tak kenal ko. Kalo ko tu perempuan dah sah2 aku suh je mak aku masuk meminang. Tak kisahlah berapa hantaran sekalipun. Tapi xder nasib beb nak ckp mcm tu ngan ko. Ko akan ada Zaim dan Zaim aka nada ko.

SMS Fitri to Aidil.

9:23 pm
Gudnite
9:24 pm
Yup, nite

Bunyi dingin. Aku tau. Aku salah. Semuanya salah aku. Lagenda budak jahat.


*******
November 3, 2009

Pagi ni bangun awal. Pukul 630 dah ada kat federal highway. Nak elak jamm sebab ada exam pukul 9. Dalam keter xlekang lagi ingatan. Siot yang teramat sangat. Sms Aidil lagik.

SMS Fitri to Aidil.

6:46 am
Bgun2 g keje. Haha. Morning.
8:02 am
Pagi

Masih dingin gak. Tapi aku tak teruskan sms tu sebab takda faedahnya. Sebanyak mana pun sms yg dihantar dan direply takkan merubah apa2 pun.

*******

Dalam dewan exam aku rase mengantuk sangat sebab xcukup tido. Dan perkara paling teruk jadi bila jawapan aku bercampur dgn perasaan aku. Betul beb. Tak tipu. Mungkin sebab hari2 mengadu kat blog ni jadi terbawa bawa masa dalam exam. Aku semak balik. Pertama kali dlm sejarah hidup aku. Tengok betapa parahnya aku. Apasallah ni. Aku dah kene bomoh buatan sendiri la nie. MasyaAllah. Aku kuar awal sejam sebab dah abis jawap. Lagi aku stay kang lagi merepek aku tulis. Dah la subject lecturer favourite. Kang ngan lecturer2 tu sekali aku luahkan perasaan. Payah2. Aku memang dungu. Jadi camni sebab sorang lelaki yg tak da apa2 feeling ngan aku pon. Syok sendiri saja. Biarkanlah labu aku terjun dgn luncai2nya. Hehe

Balik dalam keter dengan lagu Yuna dan sebenarnya. Ok jugak. Walaupun bukan exactly apa yg yuna nak ckp sama ngan aku sekrang tapi layan jelah. Asik nak dgr lagu jiwang ja skrg. Pantang dgr mesti melayang. Sedar2 dah sampai umah.
*******

Oh bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila,
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila,
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Telah menular dalam diri
Pabila
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah,
Jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

*******

Aku masih parah. =(

Monday

Episod 05

Aku masuk je dewan exam dgn perasaan yg bengang. Kuar dari exam aku rase mcm xpuas hati. Mamat ni bleh tahan jugak. Kalo nak mempergunakan aku pun agak2 la. Serius aku tak puas hati. Aku sepanjang perjalanan hujan yg lebat asik pikir. Apa nak buat nie..ermm..

SMS Fitri to Aidil.

6:01 pm
Free sms. Penah blaja ttg ego? Penah blaja being humble?
6:02 pm
Why asking?


6:02 pm
Suka nak dgr jwp ko.
6:04 pm
Ego membuatkan iblis dihantar ke neraka, humble membuatkan manusia ke sorga..


6:06 pm
Mcm mana nk kurangkan ego dan being humble pulak?
6:09 pm
Sedari kelemahan dan jgn pentingkan diri sendiri..

6:10 pm
Owh. Tq. Much appreciated.
6:12 pm
Ada kene mengena ngan aku kah atau ko mmg sincere nak my opinion?

6:14 pm
Ko jenis suke pikir –ve dulu kan? Haha..
6:15 pm
Not really.. =)

6:16 pm
Yes u r. tanya sama pokok.
6:18 pm
Aku type yg problem solving, thus need to identify if there anythin need to be focus on, seems like –ve to some people who dun understand me.. =)

6:20 pm
Ok kot jwp tu. Sdgkan nama ko pun aku xtau inikan pulak kenal bab laen. Hehe..yes I like!
6:22 pm
Offensive nmpk? Hehe

6:23 pm
Undefined satisfaction. Ari ni rindu sangat tak?
6:24 pm
Yup..=(

6:25 pm
Bile rindu watpe?
6:27 pm
Sms dia, but then akan terperangkap dgn perasaan sendiri utk dpt reply dr dia. Later bila xder reply start fikir bukan2 and buat assumption bukan2. =(

6:30 pm
Assumption n reality kdg2 same je. Kalolah semua org kt dunia ni faham apa erti cinta.. Btw sorila hntr2 msg kt ko. By rite am not suppose to.
6:33 pm
Its okay since u know him better, really need ur input. I am a rational guy and always put my brain first, heart later. But now everythin seems went upside down..=(

6:35 pm
I dont want to gv any input. G cr sendiri kt archive. Haha. Mati aku der dia dpt tau.
6:38 pm
Tah la..ko rasa apa dia nk in life eh? Apa dia punyer priority?

6:41 pm
Access denied. X dpt rasa apa2.
6:43 pm
Wait, dia pun mcm kita sume gak.. mcm aku, kau… Thanks bro

6:45 pm
Betulkn statement ko. Aku xsama langsung ngan ko. Take bck ur thanks.
6:46 pm
Ko bukan manusia kah?

6:49 pm
Aku serangga. Btw tgh hari td ko ckp aku funny. Actly u funny sbb rase diri betul & rase tau semuanye but u not..
6:51 pm
Its matter of learning bro..byk lg benda aku tak tau


6:56 pm
Fndmental of learning : sincere, honest, humble, respect, etc.. =) aku pun mau blaja.
7:03 pm
Good. Its jamm everywhere, better postpone ur journey

7:07 pm
Ko driving? Jgn reply sms aku evrytime ko driving. Xberminat nk tgk ko kt hosptl.
7:12 pm
Aku park tepi la, tak bminat nak redah jamm..

7:13 pm
Aku ada feeling. Aku xsuke kt ko. Ko ada feeling tu jgk x?
7:15 pm
Xde. Neutral je.


7:16 pm
Sorry ya. X bmaksud. Mgkn cr yg xkena.

No reply

*******

Aku kene tanamkan juga perasaan xsuka Aidil. Aku dah cakap kat dia walaupun sebenarnya tak perlu. Kesian kat dia. Dah la sakit menagih cinta Zaim, pastu aku sibuk2 pulak nak mengganggu dia. Aku xtau tindakan itu betul atau salah. Bijak atau bodoh. Tapi sekiranya cinta antara Aidil dan Zaim itu betul, aku akan jadi lagenda budak jahat yang sebenar. Andai Zaim menerima Aidil, dia pasti bahagia. Aku tak kan pernah ada untuk mengacau diaorg lagi andai itu keputusan Zaim. Zaim kawan terbaik. Tak kan pernah utk aku merampas kebahagian dia. Aku doa kat tuhan supaya benda2 mcm nie jelas. Sakit nye aku ja yang tau.

*******

Episod 04

November 1, 2009.

Lepak ngan Zaim dan Redzuan. Aku kurang sihat. Aku tak keruan. Aku berselindung di sebalik alasan kononya baru lepas break. Zaim cita pasal Aidil. Dia ckp Aidil demam. Aku suruh Zaim betulkan statement dia bila dia cakap aku yang suruh dia terima Aidil sebab dia lelaki baik. Aku cakap aku dah taknak masuk campur. Ini adalah life ko dan ko yang berhak membuat keputusan. Zaim cakap buat masa ni dia tak nak beri apa2 harapan sebab dia taknak kecewakan Aidil. Biarlah masa yang menentukan. Aku dengar ja. Tiada komen utk itu. Dalam sedap2 borak ada sms masuk dari Aidil. At the same time aku Nampak Zaim jugak dari tadi sibuk membalas sms. Katanya dari Aidil. Hemmm..

SMS Aidil kepada Fitri

11:23 pm
Fitri, ko ada jumpe Zaim ke hr ni?
11:23 pm
Ada. Ko dmm?

Tiada reply. Dah nak dekat sejam. Aku dah balik rumah. Aku send msg lagi.

12:17 am
Nape senyap plak? Aku slh ckp?

Tiada reply dan aku tido.

*******


November 2, 2009.

Calling +6012345678 02-11-09 12:43 pm

Aku jawap. Aidil ckp hp dia problem. Dia tak received msg. Aku ckp ok. Dia tanya pasal Zaim. Aku cakap aku bukan middle man nak kasi information. Dia nak tau jugak the feeling of Zaim towards him. Aku cakap Aidil, ko there already. Cuma bergantung pada masa dan keadaan. Dia mengadu kat aku. Rindu kat Zaim. Rasa nak call Zaim every hour. Mcm2 la luahan perasaan. Aku senyum ja. Semoga semua ini berbaloi. Aku rasa aku dah lupakan mamat nie dan bagi laluan yg sepatutnya pada rasa cinta dia kat Zaim. Im done. Sebelum letak tepon dia ckp yang what ever input aku bagi dia tak pakai semua. Dia filter dan nasihat aku lain kali berhati hati bila cakap dgn dia sebab he not listen to me but only get the information from me. Pergh..best giler ayat tu. Takper. Dia suh aku send msg utk test hp dia. Aku layankan.

SMS Fitri to Aidil.

1:02 pm
Test
1:06 pm
Ok, received. Tq
1:09 pm
No welcome.

*******

Sunday

Episod 03

November 1, 2009

Dah batalkan niat aku dah. Skrg nie aku jadi pendengar jela. Aku percaya kalo cinta itu di takdirkan utk aku pasti suatu hari nanti akan ada jawapan. Skrg Aidil utk Zaim. Aku kene sokong diaorg. Yes. Cuma kadang kala hati kecil xdapat dibohong. Sejauh mana pon aku campak perasaan tu, ia tetap ada.

Lupe nak bagitau. Slm aku jugak dah break ngan Hafiz budak Sarawak tu. Aku taknak tipu dia dan tipu diri sendiri. Kami xkemana. Tapi aku tak sedih pon. Aku lagi sakit memendam hati pada benda yg bukan milik aku. Lagi teruk bila ia milik kawan baik aku. Maafkan aku. Aku xnak buat ini lagik.

*******
SMS Aidil kepada Fitri

3:41 pm
Fitri, aku rindu kat dia.. =(
3:47 pm
Sakit kan? Kamu tenang aja. Kalo rindu ko kuat dia bleh rase..

3:50 pm
Sakit amat.. Nvm, jgn bgtau dia plak nnt dia x selesa
3:52 pm
Aku pegang janji sbb aku dah berjanji. Biarkan org laen yg terjun dgn labu2nye..

3:54 pm
Janji ko ngan sape? Ngan aku ke ngan dia?
3:56 pm
Dgn ko. Ingat r comm smlm. Ko bijak la tentu phm. Hehe

3:57 pm
Tp dia kan kwn ko..
3:58 pm
Ada aku wat apa2 xelok kt kwn aku?

4:03 pm
It not about buat x elok, its about x buat benda elok.. =)
4:06 pm
Dah. Bkorban utk kwn2. Ini pun aku blaja dr ko gak mase 1st meeting.

4:08 pm
Ko fhm betul ke apa yg aku ajar? It can be the other way around bro..
4:17 pm
Bro, of course not. Bukan utk dimengerti. Bck to topic. Ari ni dah tepon dia?

4:18 pm
Msg je, dia ckp dia nk tido jap. Ajak gak gi dinner tp dia mls..
4:21 pm
5 nov ni movie pisau cukur kuar. Dia mmg nk tgk movie tu. Dia dh ajak aku. Nanti aku bglah alasan. Hehe.

4:23 pm
Its ok, ko gi je ngan dia.. Kalau dia ajak aku br aku gi
4:25 pm
Bengong. Blah la nak gedik majuk. Ajak la dol. Make him surprise.

4:27 pm
Bukan majuk, Cuma aku tak nk kongkong org, takkan dia nak hang out ngan mmbr sendiri pun aku nak sibuk?
4:30 pm
Ktorg ada 3 geng. Redzuan dab z ngan ‘kwn’ dia. Aku buat2 bz. Tinggallah dia keseorg an. Kesian kan? Tetibe ada sorang mamat ajak dia kuar. Dia happy kan?

4:33 pm
Ermm, akan dipertimbangkan..
4:35 pm
Gud. Apa definasi cinta bg ko? Sejujurnye la. Tp kalo x pun xpe. Get used to.

4:36 pm
TDF
4:37 pm
Sorry i failed maths.

4:38 pm
To DIE fOR
4:41 pm
Selamat Hari Raya. =) Tau x mase karaoke ko paling jujur mase nyanyi lg dealova..perfect lover 4 him.

4:42 pm
Mmg lagu tu utk dia
4:43 pm
Yup. Agreed.

4:47 pm
Kalaulah dia fhm..

*******

Apa yang korang rase? Korang nak bunuh aku? Tembak Aidil bukan nama sebenar? Belasah Zaim?. Aku rase nak gantung diri sendiri ja. Kalaulah kawan2 aku tau citer nie habisla aku. Confirm dah. Aku dah fikir kemungkinan yang paling teruk. Pasnie lepak sorang2. Dah takder member baik. Layak ker aku ada member baik sedangkan perangai aku jahat dan teruk nak mampus. Zaim ngan Aidil totally akan away. Redzuan pon akan tarik diri jugak aku rase. Takut aku caras bf dia. Kahkahkah. Aku pasti sendiri pada saat penghujungnya.

Kalaulah aku boleh pergi jauh lenyapkan diri seketika dah jauh dari angan dan tanya ni. Nak dengar lagu Rossa jap. Aku bukan untuk mu.

Episod 02

Lepak ngan Zaim. Saje sembang2 sebut2 juga pasal Aidil. Nak bagitau perkara sebenar? Mungkin tidak!. Zaim ckp dia dah start menyukai Aidil. Cuma taknak bagi harapan. Dia ckp Aidil pun ada bagi hint2 kat dia. Aku terfikir, betul lah. Cinta telah di takdirkan utk diaorg. Sebagai kawan aku kene fully support apa saja tindakan diaorg bukan tambah complicated. Aku sebenarnya sedang support Zaim supaya terima Aidil. So apa kejadahnya aku nak lebih2 ni. Susahnya hidup. Kenapa Tuhan kasi aku dugaan berat mcm ni.

Zaim ada citer. Dia memang suke Aidil. Tapi belum nak serius. Nak kwn dulu sedangkan Aidil citer kat aku dia takut kwn lama2 nanti xjadi. Zaim ckp kan best kalo Aidil dan dia dlm open relationship. Couple tapi bebas main ngan orang lain. Haha. Terkejut jugak aku dgn ckp mcm tuh. Sayang betul Aidil dah suke sangat kat ko. Aku harap satu hari nanti ko hargai cinta Aidil tuh Zaim.

Citer aku tolak ke tepi lah. Zaim dan aku cuba kaitankan balik citer lama aku dgn sorang mamat tuh. Dia suke aku giler2 tapi aku xdpt terimanya sebab aku tak tertarik ngan dia. Suka dia as kawan ja. Zaim ckp itu feeling dia skrg. Bile bab2 nak borak, bab2 nak manja2, nak jadi lover dia terima Aidil. Aidil the perfect lover Zaim cakap. Tapi bab2 seks dia xder nafsu langsung dgn Aidil. Aku? No comment. Sebab aku dah masuk fasa lain kot. Cinta itu lagi penting. Lebih dari segala galanya. Cuma Tuhan tidak menjadikan cinta itu untuk aku.

Zaim jugak sempat citer. Aidil ada tipu bab2 diri dia. Tapi dia dah declare kat Zaim. Aidil bukan nama sebenar dia. Tapi banyak org panggil dia Aidil. Umur dia bukan 25 tahun, umur dia 31 tahun. Dia bukan keje ngan company ABC buat logistic, dia keje ngan government kat Putrajaya. Rase mcm kene sepak je aku rase. Tapi kisah kah dia pasal aku? Jawapannya tidak!.


*******

SMS Fitri kepada Aidil
10:04 pm
If there anythg tht u want to tell me?
10:05 pm
No idea..y?


10:07 pm
sure or not?
10:12 pm
Other than that im so much into Zaim now, nope.

10:13 pm
Ok then.
10:15 pm
We r not gettin anywhere if u keep go on with this mind game don’t u think?

10:19 pm
Me? Lets focus.
10:20 pm
Go on..

10:25 pm
Mind game? I guess u more expert. Just asking is thr anything u would like to tell. Answered. Accepted.
10:31 pm
R we still talking about him or r we not? Im very true to him, mayb not to others..

10:32 pm
Accepted. Thank you. ;)
10:34 pm
I shud double check wif him regarding this, shudnt i?

10:39 pm
I don’t hv right. U damn true. Ok surrender.
10:59 pm
Glad that we r on the same page..

11:07 pm
Yup. Glad oso dpt lesson br. Jujur dan ikhlas pada org yg kita syg. Dah dpt conclusion. =)
11:08 pm
Amboi, sindir nmpk?
11:11 pm
Eh mana ada la. Ikhlas tu dari hati. Xyah pening2 la der. Xda benda la. Janji happy. =)


*******

Saturday

Episod 01

Hancus. Rosak jiwa dan raga aku mcm nie. Dah jadi mcm citer Hindustan plak. Kuch2 Hota Hai. Masak2. Betul betul betul. Kes nie memang sah2 jadikan aku lagenda budak jahat. Perangai mcm setan. Tuhan ampunkan lah hamba mu yang berdosa ni.

Kesilapan pertama aku ialah ikut Zaim pegi jumpa date dia. Kesalahan kedua sebab pergi feeling pulak kat date si Zaim. Kesalahan ketiga belagak cool padahal nervous tak agak punyer. Kalo lah dapat undur mase balik. Balik umah tak leh tido dgn lena tuh ingat kat mamat tuh. Aidil nama dia. Cilakak. Aku dah sah2 ada bf kat Sarawak. Tapi jadi ker long distance relationship tuh?. Aduhai.

Zaim pulak layan tak layan di Aidil. Firts time jumpe cakap terus turn off. Siap cakap ngan aku xnak lepak lama2. Seawal yg mungkin nak blah. Tapi last2 bila dah borak2 masuk lah pulak. Pastu Zaim ckp dia suka Aidil sebab boleh masuk dgn kepala dia. Dia selesa giler bile bercakap dgn Aidil walaupun baru 1st time jumpa. Tapi bab2 nak ada hubungan serius perlu difikirkan sebab bukan taste. Aku cover line la ckp the only thing I like about Aidil ialah kereta dia. Giler ker nak jadi perampas. Aku bukan Fasha Sandha. Kahkahkah. Tapi simpan dalam hati jelah. Bukan utk dimengerti.

*******

Hari-hari aku lalui dengan jiwa yang tak tenang. Zaim update ckp Aidil dah slalu contact dengan dia. Diaorang communicate banyak sebab selesa dgn each other. As friend aku support kalo diaorang nak teruskan hubungan diaorang. Aku rase aku crush kejap je nie. Biasa la after 2 minggu akan hilang. Tapi serius aku xleh lupe kat Aidil. Memang setan dlm hati dah banyak. Kawan sendiri tu bang. Agak2 la. Betul betul betul. Fikir2 balik aku suke jugak kalo Zaim dan Aidil jadi couple. As sahabat aku taknak Zaim terus hanyut dgn keseronokkan yang bersifat sementara. Tengah2 ada orang yg suke kat dia nie amik jelah. Bukan senang nak memiliki cinta yang tulus. Cewah. Pepandai je aku wat conclusion padahal diaorg xder lebih2. Kehkehkeh.

*******

Oktober 31, 2009

Hari nie malam Sabtu. Macam biasa lah selalu lepak sama-sama. Geng tak banyak. Ada 3 kerat ja. Redzuan tepon cakap nak lepak. Tapi Zaim nak kuar tengok wayang. Aku on aja. So jadinya aku lepak ngan Redzuan.

SMS Redzuan kepada Fitri

October 30, 2009

4:30 pm
Lepak? Zaim xfree. Dia kuar dating ngan Aidil ke?
4:45 pm
Ok ja. Dating? Entah.

SMS Fitri kepada Zaim

4:50 pm
Redzuan tanye ko kuar ngan Aidil ke?
4:52 pm
Yup. Kiteorg nak buat movie marathon.


SMS Fitri kepada Redzuan

5:23 pm
Jumpa ko di gym aja. Pastu lepak
5: 24 pm
Ok

*******

Timbul pulak idea nak gi karaoke. Tapi xcukup kaki la pulak. Redzuan try luck msg Zaim. Aku ckp diaorg buat movie marathon. Kalo dah beli tiket xpayah kaco. Zaim ckp kat Redzuan diaorg boleh join tapi lewat sikit. So Redzuan booking pukul 11 pm kat RedBox Low Yatt.

Time tuh aku berdebar. Tak tau kenapa. Xtenang. Sebab akan jumpa Aidil. Alamak. Zaim sampai ngan Aidil rileks je. Aku cover macho mcm biase la. Tapi serius kat dlm tengah seram sejuk dgn kedatangan Aidil. Aku tak penah rase mcm nie bile depan sorang lelaki especially org yang baru aku kenal. Ini org panggil syok sendiri kot. Aidil mcm biasa. Lepak je. Sekali sekala gurau2 manje ngan Zaim. Biarkanlah. Aku pandang je. Harap2 diaorg tak perasan pon aku nyer nervous mlm tu. Lagu2 memang masuk tepat kat dlm hati dan perasaan. Haha. Control Fitri control bang. Ko giler ker?

*******

Balik tak bleh lelap mata. Bwk keter pon layan blue tadi. Tak layan pon Redzuan yg ada kat sebelah. Kepala asik ingat Aidil. Tak boleh jadi nie.

SMS Fitri kepada Zaim
4:34 am
Zaim mintak tlg sikit. Fwrd no Aidil. Ada hal sikit. If u don mind la. Kalo x xper.
4:38 am
0122345678
8:48 am
Sowe. Tetido. Thx
SMS Fitri kepada Aidil
8:54 am
Sorry. smlm xde niat apa2. Jgn amik hati.
10:37 am
Tak fhm..
10:42 am Bagus. Bukan utk difahami. Ngeh3
Missed Called +60122345678 (2) 31-10-09 10:44 am
10:45 am
Skrng baru aku amik ati. Sape ni? Nape x jwb?
12:36 pm
Mls nak jwp sore xsdp. Dah makan?
12:37 pm
Lom. Sape ni?
12:39 pm
I tot Zaim told u i asked 4 ur no. Xpela. Lupakan.
12:42 pm
Fitri? Bgtau je la, ngan aku pun nak berahsia. Aku mmg nak amek no ko tp segan smlm. Ada benda aku nk tny ko pasal dia.
12:44 pm
Rahsia itu best. Br org excited. Ko yg ajar aku mase our 1st meeting. Ngeh2. Patik pacar yg hina sedia berkhidmat.
12:47 pm
Hehe..lawak plak dia.. Ada apa2 x zaim cite kat ko pasal aku? Aku still x tau la dia tu suka kat aku ke tak..
12:50 pm
Ngeh2. Janji dulu the comm is only btwn u n me. Wat im going to tell u nobody else tau. Btw, ko suke dia tak?
12:52 pm
Ok, aku janji. Aku suka giler kat dia la tapi aku cuba control so tak obvious sgt...
1:02 pm
I like ur answer. Dgn Zaim approach dia laen sikit. ko kene blaja pelan2 how 2 make him like u. tp im vey sure kalo kene gayanye ull get him 4ver.
1:03 pm
Ajar aku camne..please..
1:06 pm
20 sen 4 consultantcy fee brother. Duit pengeras. InsyaAllah slow2 aku tlg k.
1:08 pm
Hehe..ni bomoh mai dr siam ke? Tapi aku risau lambat sgt nnt dah jadi best fren susah
1:16 pm
Jgn riso Aidil. Jodoh x ke mana. Ngeh2. Ko ade selling point yg blh capture hati dia. Cuma kena dvlop ja. Ko penah kapel?
1:19 pm
Penah, long time ago... Apa dia ckp pasal aku? Good or bad?
1:26 pm
Ko hansem, macho, cute, sweet, bgaya, sexy, baik dll. (mimpila dia nak ckp cmni). ngeh2. Ko kene jadi macho Aidil. Gentle tackle dia. Ko kn mulakan dulu. Sbb dia 2gu.
1:28 pm
Mmg tgh takle dia pun nih.. Tapi camne yg dia nak?
1:39 pm
Ko tau sbb apa lmbt? Ni sensitif skit. Physical look tolally dh out of his frame. Tp yg best part is ko nyer personality beyond ur size. I told him yg cinta sebenar is nthg 2do with look. Dia ckp yes he will consider u. Dia selesa gile ckp ngan ko. Tp as i said ko kene mula dulu. Buat pemulaan ni ko rapatkn diri as close as u can. U kene lead the game. Dia suke ko. Percayalah.
1:46 pm
Mmg aku tgh nak get close to him pun..tp aku taknak la pushing sgt nnt dia tak selesa plak.. Other than movie and karaoke, apa lg yg dia suka eh?
1:51 pm
Aku rase gudtime jgk kalo ko ckp skrg sbb gua dh nampak dia ada respon baek. Ayat susunla cantik skit. Tarik rambut dlm tepung, rmbut xputus tpg xselerak.Got it?
1:53 pm
Now? Sure or not?
1:58 pm
Sure. Ckp 'what do u think if we bring our rlthship to next level?'. Ko test water dulu. Pastu kita bikin suprise kalo smuanya cun. =)
4:33 pm
Sorry lmbt reply, i was on the phone wif him.. Not sure la if now is the right moment to say that. U r right, he is not really attracted to me :(
4:41 pm
Jgn bimbang. Musti ada jln. Tp jgn trbg tinggi sgt, nnti jatuh sakit. Aidil yg aku kenal rase2nye x give up cam2 je kot.
4:44 pm
Im not giving up la, just aware wif current event..Nway u know him better..
4:56 pm
Gud boy. Apa nama full ko. Pasal dia anggap ja cbrn utk ko. Br manis bile dpt.
5:04 pm
Ahmad Aidil. Btw aku tak anggap dia as a trophy i must grab, no. Fikir pasal dia je dah buat aku beats faster. He makes me weak and strong at the same time. Sounds so jiwang, i know but that’s bout it.
5:14 pm
Completely fhm. I called tht as love. Cuma kdg2 xsemua org ada luck utk itu..Zaim bruntung ada org cam ko. Sabar der, ur time will come.
5:16 pm
Hopefully..

6:17 pm
Kalo Zaim tanye Fitri msg Aidil ckp Fitri tnye pasal keje logistik k. Tq
6:19 pm
Okay, but cant stop wonder what actually the reason y u need my hp no..haha
6:22 pm
Argh wat2 phm dah. Bukan utk di mengerti.

*******